Panduan Industri

Jabatan Kastam Diraja Malaysia

  • Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Import Sementara - 5. Jaminan Bank/Cagaran

E-mel
Indeks Artikel
Import Sementara
2. Peruntukan undang-undang
3. Prosedur Import/Eksport Barangan Melalui Import Sementara
4. Perlanjutan Tempoh
5. Jaminan Bank/Cagaran
6. Sebab-sebab yang boleh dipertimbangkan
7.Maklumat Lanjut
Semua Muka

 

5. Jaminan Bank/Cagaran

* Satu cagaran dalam bentuk jaminan bank yang bersamaan dengan jumlah duti/cukai terlibat hendaklah diperolehi daripada pengimport sebelum barangan dilepaskan daripada kawalan KAstam. cagaran boleh dalam bentuk jaminan bank, bank draft, surat jaminan, bond am.

* Pengimportan oleh Kedutaan-kedutaan bolehlah menggunakan surat jaminan.

*Pengimportan oleh Jabatan Kerajaan Badan-Badan Berkanun Pertubuhan Sukan dan Badan-Badan Kebajikan boleh menggunakan surat jaminan atau Bon Am.

*Pengimportan oleh pihak swasta walaupun untuk Jabatan Kerajaan hendaklah menggunakan jaminan bank atau bank deraf(Untuk barangan kritikal iaitu;...) Penggunaan Bon Am boleh dipakai bagi barangan bukan kritikal(barangan selain dari barangan kritikal di atas).

* Pengimportan oleh Syarikat-syarikat perfileman asing untuk membuat penggembaran yang bertujuan publisiti kepada Malaysia di luar negara, boleh dibenarkan menggunakan surat jaminan dengan syarat mendapat kelulusan untuk membuat penggembaran daripada Kementerian Penerangan Malaysia terlebih dahulu atau sokongan daripada Kedutaan-kedutaan Asing yang berkenaan.

*Cagaran yang dikemukakan oleh pengimport hendaklah meliputi tempoh import sementara yang diluluskan.

*Bagi tujuan mendapatkan semula cagaran terlibat, salinan borang Kastam 2 hendaklah dikemukakan sebagai bukti pengeksportan telah dibuat.