Panduan Industri

Jabatan Kastam Diraja Malaysia

  • Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Panduan Kemudahan Membawa Barangan Rumah (Household Effects) Dan Barangan Persendirian (Personel Effects) Dari Luar Negara - 2. Kemudahan

E-mel
Indeks Artikel
Panduan Kemudahan Membawa Barangan Rumah (Household Effects) Dan Barangan Persendirian (Personel Effects) Dari Luar Negara
2. Kemudahan
Semua Muka

2. Kemudahan

Kemudahan membawa barangan persendirian  (personel effects) diberi kepada rakyat Malaysia yang bekerja atau belajar di luar negara atau rakyat asing yang berpindah ke Malaysia untuk tujuan bekerja atau belajar ke atas barangan persendirian  yang dibawa bersama yang telah digunakan dan memenuhi syarat-syarat seperti berikut:-

(a)  Barangan persendirian yang dibawa bersama;

(b) Barang persendirian  yang telah digunakan secara ‘regular’  dan untuk kegunaan sendiri sebelum diimport mengikut tempoh kegunaan yang memuaskan hati kastam;  dan

(c) Barangan persendirian tersebut diimport untuk kegunaan pengimport sahaja.

Pemilik hendaklah mengikrar  menggunakan Borang Kastam No.1 atau secara elektronik melalui kedai EDI atau melalui wakil penghantaran  yang dilantik secara bertulis oleh pemilik.

Kod tarif yang berkaitan adalah seperti berikut:

9800.00.400 barangan persendirian yang telah digunakan; atau

9800.00.500 barangan isirumah yang telah digunakan.

Barangan persendirian dan barangan isirumah yang mendapat kemudahan tersebut di atas adalah tidak berduti/cukai. Permit untuk barangan  yang berkaitan dari agensi yang berkenaan hendaklah diperolehi sebelum pengimportan dibuat. Sebagai contoh, pengimportan peralatan elektrik memerlukan lesen daripada Suruhanjaya Tenaga di www.st.gov.my