Panduan Industri

Jabatan Kastam Diraja Malaysia

  • Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Zon Bebas

E-mel

 

 

 

 

1. Zon Bebas

Zon Bebas adalah mana-mana bahagian Malaysia yang diisytiharkan di bawah peruntukan Seksyen 3(1)Akta Zon Bebas 1990 menjadi suatu Zon Perdagangan Bebas atau Zon Perindustrian Bebas. Zon Perdagangan Bebas dibenarkan menjalankan aktiviti perdagangan, manakala Zon Perindustrian Bebas dibenarkan menjalankan aktiviti pengilangan.

 


 

2. Peruntukan Undang-undang

 

Zon Bebas adalah satu kawasan yang dianggap di luar Malaysia yang diperuntukkan di bawah

Seksyen 2(1A) Akta Kastam 1967,
Seksyen 2 Akta Eksais 1976
Seksyen 2 Akta Cukai Jualan 1972
Seksyen 2A Akta Cukai Perkhidmatan 1975.

 

Seksyen 3(1) Akta Zon Bebas 1990 Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam warta, mengishtiharkan mana-mana kawasan dalam Malaysia sebagai suatu Zon Perdagangan Bebas atau Zon Perindustrian Bebas dan setiap pemberitahuan itu hendaklah mentakrifkan had-had zon itu.

Seksyen 2(1A) Akta Kastam 1967 Bagi maksud Akta ini (selain daripada seksyen 31), zon bebas hendaklah disifatkan sebagai suatu tempat di luar Malaysia.

Seksyen 2(1) Akta Eksais 1976 “Zon Bebas” mempunyai erti yang diberi oleh seksyen 2 Akta Zon Bebas 1990 , dan bagi maksud-maksud Akta ini, sesuatu zon bebas hendaklah disifatkan sebagai suatu tempat di luar Malaysia.
Seksyen 2A Akta Cukai Jualan 1972 Bagi maksud Akta ini, sesuatu zon bebas hendaklah disifatkan sebagai suatu tempat di luar Malaysia.

Seksyen 2A Akta Cukai Perkhidmatan 1975 Bagi maksud Akta ini, sesuatu zon bebas hendaklah disifatkan sebagai suatu tempat di luar Malaysia.

 

 


 

3.Tatacara Permohonan

Permohonan untuk menubuhkan Zon Bebas hendaklah dimajukan kepada Kementerian Kewangan dan sesalinan kepada Bahagian Perkastaman Ibu Pejabat. Bagi syarikat yang ingin menjalankan operasi di dalam kawasan zon yang telah      diwartakan,permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Zon yang berkenaan.

Syarikat yang beroperasi di dalam Zon Bebas boleh memperolehi barang dan perkhidmatan tanpa bayaran duti kastam, duti eksais, cukai jualan atau cukai perkhidmatan kecuali bagi barang tertentu di bawah Perintah Zon Bebas (Pengecualian ke atas barang-barang dan perkhidmatan) 1998. Semua pergerakan barang-barang keluar masuk dari / ke Zon Bebas hendaklah menggunakan borang/dokumen yang ditetapkan.

 

 


 

3. Aktiviti yang dibenarkan

 

Penukaran dengan cara tangan atau jentera bahan organic atau tak organic kepada suatu keluaran baru dengan menukar saiz, bentuk, komposisi, jenis atau kualiti bahan-bahan itu dan termasuklah memasang bahagian-bahagian menjadi suatu jentera atau keluaran lain, tetapi tidak termasuk pemasangan jentera atau kelengkapan bagi maksud pembinaan;
dan istilah ‘aktiviti mengilang’ dengan variasi gramatisnya dan dengan ungkapan seasalnya hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya dan berkaitan dengan istilah itu, ia hendaklah termasuk apa-apa aktiviti yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah sebagai aktiviti mengilang.
Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah boleh mengikut budi bicara mutlaknya menentukan bahawa hasil bagi apa-apa pengilangan atau aktiviti itu bukanlah keluaran barang yang baru.

 


 

5. Maklumat Lanjut:

Sila hubungi pejabat Kastam yang terdekat atau Ibu Pejabat di alamat berikut:

Bahagian Kastam,

Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia

Tingkat 4 Selatan, No.3 Persiaran Perdana,

Kompleks Kementerian Kewangan,

Precinct 2,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62592 Putrajaya, Malaysia.

Tel.: (603) 8882 2332/2646/2663/2658

Fax: (603) 8889 5881