Panduan Industri

Jabatan Kastam Diraja Malaysia

  • Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Barangan Peribadi Yang Dikecualikan Dari Duti / Cukai Sewaktu Pulang Dari Luar Negara - 3. Tanggungjawab pembawa atau penumpang

E-mel
Indeks Artikel
Barangan Peribadi Yang Dikecualikan Dari Duti / Cukai Sewaktu Pulang Dari Luar Negara
2. Peruntukan Undang-undang
3. Tanggungjawab pembawa atau penumpang
4.Barangan Peribadi yang dikenakan bayaran duti/cukai
Semua Muka

3. Tanggungjawab pembawa atau penumpang

Pembawa atau Penumpang hendaklah mengikrar secara lisan kepada Pegawai Kastam yang bertugas di pintu masuk udara, darat atau laut yang mana berkenaan barangan yang dibawa untuk pemeriksaan Kastam sebagaimana kaedah yang ditetapkan seperti berikut :

  • Setiap pembawa atau penumpang dikehendaki menyatakan semua barangan yang hendak   dituntut     pengecualiaannya.
  • Pemilik barang hendaklah membuka bagasi berkenaan untuk diperiksa oleh Kastam dan mengemas kembali bagasi mereka selepas pemeriksaan.

Selain dari barangan yang layak mendapat pengecualiaan di bawah kemudahan ini, pembawa atau penumpang hendaklah mengikrar secara lisan semua barangan yang dibawa bersama menurut keperluan di bawah Peraturan 17, Peraturan-Peraturan Kastam 1977. Sekiranya pembawa atau penumpang tidak membawa barangan tidak bercukai atau tidak berhajat untuk mendapatkan kemudahan pengecualiaan ini dari pihak Kastam, pembawa atau penumpang boleh menggunakan lorong hijau (Green Lane). Namun begitu pihak Pegawai Kastam yang bertugas masih boleh melakukan pemeriksaan apabila diperlukan.

Penumpang atau pelancong semasa masuk atau berlepas dari Malaysia dengan membawa tunai ataupun wang dalam bentuk traveller’s cheque, banker’s draf, bearer cheque, bills of exchange, promissory notes, postal order atau money orders yang melebihi jumlah bersamaan dengan USD10,000 dikehendaki membuat pengikraran dalam borang Kastam No. 22. Kegagalan membuat pengikraran adalah satu kesalahan dan dihukum dengan denda tidak melebihi dari RM1,000,000 atau penjara tidak kurang dari setahun atau kedua-duanya di bawah Akta Pengubahan Wang Haram Dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Anti-Money Laundering And Anti Terrorism Financing Act 2001 – AMLATFA). Di dalam Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (Exchange Control Act 1953), permohonan kelulusan secara bertulis perlu dibuat kepada Pengawal Pertukaran Wang Asing sekiranya :

  • Penumpang atau pelancong memasuki atau berlepas Malaysia dengan wang melebihi RM1,000 ;
  • Penumpang atau pelancong warganegara Malaysia berlepas dari Malaysia dengan wang asing dan traveller’s cheque yang melebihi jumlah bersamaan dengan USD10,000 ; dan
  • Penumpang atau pelancong bukan warganegara Malaysia semasa berlepasdari Malaysia dengan wang asing dan   traveller’s cheque yang melebihijumlah yang dibawa masuk.

Sekiranya didapati penumpang atau pelancong membawa dadah masuk atau keluar dari Malaysia semasa pemeriksaan, kes akan diserah kepada Bahagian Penguatkuasaan untuk tindakan selanjutnya. Kesalahan ini akan didakwa di bawah seksyen 39(A)(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, seksyen 39(A)(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Penumpang atau pelancong perlu membuat pengikraran secara voluntary compliance sama ada barang yang dibawa masuk itu dikenakan eksport permit di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010 atau tidak. Sekiranya permit dikenakan, penumpang atau pelancong perlu mengemukakan eksport permit. Akta ini bertujuan mengekang percambahan senjata pemusnah besar-besaran (Weapon Of Mass Destruction – WMD). Syarikat diberi masa selama 3 bulan bermula 1 Januari 2011 untuk mula memohon permit eksport bagi barangan strategik seperti kategori 0 (Bahan Nuklear, Fasilitasi dan Perkakas Nuklear) sebelum tindakan penguatkuasaan diambil bermula 1 April 2001. Permohonan permit eksport bagi Kategori 0 tersebut perlu dibuat kepada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom [Department of Atomic Agency Licencing Board (AELB)], MOSTI yang beralamat seperti berikut:

LEMBAGA  PERLESENAN TENAGA ATOM
Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi,
Batu 24,Jalan Dengkil,43800 Dengkil,Selangor,

MALAYSIA

Tel : 603-89225888

Faks : 603-89223685

Laman web: http://www.aelb.gov.my


Bagi Kategori Barangan Ketenteraan dan Barangan Dua Guna, Kategori 1-9 yang akan bermula pada 1 April 2011. Senarai barangan strategik di bawah kategori ini boleh didapati di www.miti.gov.my. Manakala bagi Kategori Barangan Strategik Kategori 2 : Pemprosesan Bahan untuk Elektronik, Komputer, Telekomunikasi dan Keselamatan Maklumat, senarai barangan strategik di bawah kategori ini adalah seperti di dalam Peraturan Perdagangan Strategik (Barang Strategik) 2010.

Barangan Peribadi yang tidak dibenarkan dibawa masuk dan barangan yang dibenarkan dengan permit import – Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008.

  • Barangan yang tidak dibenarkan dibawa masuk (Larangan Mutlak)
  • Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008 – Jadual Pertama (barangan akan dirampas )
  • Barangan yang dibenarkan dengan permit import (Larangan Bersyarat/Permit)
  • Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008 – Jadual Kedua, Ketiga, Keempat ( barangan akan ditahan     dan dilepaskan kepada pemilik setelah mengemukakan permit import.


Barangan Peribadi yang Dikecualikan dari Bayaran Duti/Cukai (Mengikut Butiran 19 Perintah Kastam (Pengecualian) 1988 )

Barang- barang di bawah adalah dikecualikan daripada bayaran duti/cukai tertakluk kepada had-had dan syarat-syarat berikut :

  • Barang-barang mudah alih terpakai selain “household effect”
  • Minuman Keras tidak melebihi 1 liter.
  • Tembakau tidak melebihi 225 gram atau rokok tidak melebihi 200 batang rokok
  • Pakaian baru tidak melebihi 3 pasang
  • Sepasang kasut baru
  • Perkakasan elektrik atau bateri mudah alih untuk penjagaan diri dan kebersihan tidak melebihi 1 unit setiap satu.
  • Bahan penyediaan makanan tidak melebihi nilai RM75.
  • Hadiah dan cenderahati (tidak termasuk minuman keras, tayar, tiub, tembakau, rokok dan kenderaan)  dimana   jumlah nilai tidak melebihi RM400. Jika barangan dari Langkawi, Pulau Tioman atau Labuan, jumlah nilai dibenarkan untuk pengecualian tidak melebihi RM500.